Dewasa Kini

Assalamualaikum w.b.t

So bila kita meningkat dewasa ni, macam macam betul yang selalu berlari berkejaran dalam minda kan? Especially pasal future. Takut apa yang kita impikan tu, tak menjadi. Yup, aku sekarang berada di fasa "ketakutan" . Takut semua benda. Banyak sangat "what if" dalam kepala otak.

What if tukar kerja still bos kuat marah-marah?
What if aku gain weight, tetiba jadi overweight?
What if aku jadi online seller pastu hangat-hangat taik ayam?
What if aku tersalah pilih suami?
What if aku ikut kata hati aku, but end up makan diri?


and the list goes on..


Sumpah distracted gila benda-benda camni mai jengah waktu kita nak lelap mata tu. Seharian dah penat bekerja, mai malam dok pikiaq persoalan ni pulak. Kusut kepala otak. Bila aku dah label "takut" untuk semua persoalan tu, semua benda tu aku tak buat. Dia jadi hanging camtu ja sebab aku tak tau samada aku perlu buat or tak perlu buat?


Aku cam sedih gak kekadang dengan diri sendiri. Walhal masa kecik dulu bukan main berdoa Allah cepatkan waktu untuk aku langkau zaman dewasa. Nak kerja nak ada gaji sendiri, nak bagi duit kat parents and so on. Hakikatnya, hanya tuhan yang tau betapa struggle nya nak sado kan hati yang tak siapa peduli jatuh bangun, semua kena independence.



hah padanla muka sendiri. :')


However, life must go on. Apa pun jadi, selagi masih hidup, jadilah manusia berperkerti, common sense dan berjaya. Too many list yang belum aku counter untuk diri sendiri, keluarga esp. Mama Abah. Apa benda sangat yang aku dah buat untuk balas jasa depa. Aku harap, Tuhan panjangkan umur aku dan umur Mama Abah supaya sempat aku bg rasa kesenangan yang depa sendiri belum rasai. InsyaAllah, Amin.




0 COMMENT[S]:

Post a comment