Manusia Tak Sempurna

Assalamualaikum w.b.t


Kadang aku tak faham. Kenapa kita manusia ni dah tau masing masing tak sempurna, mengapa masih ada kewujudan spesis yang bongkak dan ujub sedangkan kita semua ni berasal dari sumber yang sama. iaitu air mani yang hina. Whatever title you had, you are just a normal human being. SAMA SAHAJA.


Setakat 2 dekad perpuluhan 3 dah menghirup udara dan merasai nikmat kejadian Tuhan, aku dah boleh kata jumpa macam2 sketsa dan melodrama manusia. Tikam belakang, lidah bercabang, tak kurang pula hasad dengki, iri hati, tak boleh tengok orang senang (apasal aku rasa macam masuk je intonasi ayat kahkah). Walaupun ada sesetengah perkara, tak terjadi dekat aku, masih aku dapat memerhati rakan-rakan yang terkena renjisan dan secara automatisnya aku juga terasa sama. Ya cubit paha kiri, paha kanan tak rasa juga. Gitu.


Kan seronok kalau semua manusia saling humble-humbling (lol kata ganda buatan sendiri). I mean like takda siapa nak terasa hati dan takda siapa berani wujudkan perkataan "low self-confidence level" sebab semorang kinda appreciates what little things they had and masing masing takda perasaan iri hati. Ya Allah bahagianya dunia kan. Surrounded with positive people.


Imginasi sangat aku ni di siang hari. Lihat lah dunia sekarang. Aku malas nak fokuskan untuk satu satu perkara. Kita rangkumkan semua, guys, dunia kita dah tak sihat.


Aku sedih.






4 COMMENT[S]:

  1. Blogwalking :)

    xoxo http://kanashiyoru.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. blogwalking and follow ^^ #2 http://sayesyadiya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete
  4. hai jom dpt kan tips di blog sy https://azraalyana.blogspot.com/

    ReplyDelete