Masaklah Kau !


Assalamualaikum w.b.t



Dulu aku malas gila nak masak. Bukan masak je, pergi dapur pun malas.


"Bertuah punya anak dara!" Tempik mama.


Lolz.


---------------------------------------

Aku jadi fed up gila nak masak sebab aku tau komentarnya sangat strict kalah mes iduyu tu bagi komen.


(Terbanyang jelingan tajam mama :') )


"Ni berapa kilo garam hang bubuh haa?"

"Amboi manehnya.. teringin nak potong kaki ka?"

"Ada ka potong sayoq lagutu, nak bagi orang tercekik mampoih?"

"Rongak habeh ikan ni hang siang..."


and blah blah blah...


Woah down gila aku time tu, kita ni dahla masuk dapur pun sebab kena paksa, pastu dengar pulak kritikan pedas, nak ja aku tinggalkan semua pastu pergi tengok tv sambil makan kopok.


"Hang nak pi mana? Keja tak habeh lagi. Jangan dok buat keja separuh jalan na", Kata mama tanpa memandang.


Aku baru melangkah setapak tau. Tu pun sebab nak pergi toilet sat.  Haih


Tapi memandangkan umur sekarang pun dah lebih dari jari tangan dan jari kaki, agak rugilah kalau kau tak mencuba air tangan sendiri untuk di beri jamah kepada orang lain. Alhamdulillah, sekarang kesedaran tu dah ada. (sebab dalam mindset kalau tak pandai masak belum boleh nak jadi bini orang. haha!) Thinking that okay lah jugak kena maki maki dulu sebab sekarang aku apply balik apa yang mama ajar. Siap teringat setiap scene pastu sambil aku kupas bawang, tersenyum simpul dan menangis.



Nanti kalau ada masa dan ada kerajinan, aku share lah apa yang aku dah try masak untuk perut sendiri. Pastu kadang2 ada orang request aku masak yang tu lah, masak yang ni lah, so dari situ lah aku asah skill aku yang suam suam kuku ni. Ehek!


Ok tu je, till then.

psst: orang utara ni cakap kasaq sikit, tapi ceq tau mama ceq sayang kat ceq :*


0 COMMENT[S]:

Post a comment